Plot Bridge of Spies (filem)

Di Brooklyn, New York pada tahun 1957, Rudolf Abel mengambil sebuah mesej rahsia dari bangku taman dan membacanya sebelum ejen FBI memecah masuk biliknya. Dia berjaya mengelakkan penemuan mesej tersebut tetapi bukti lain di bilik itu membawa kepada penahanan dan pendakwaannya sebagai seorang pengintip Soviet.

James B. Donovan, seorang peguam yang pakar dalam penyelesaian insurans diminta untuk membela Abel. Amerika Syarikat percaya bahawa Abel adalah seorang pengintip KGB tetapi mahukan dia mendapat perbicaraan yang adil untuk mengurangkan peluang Soviet Union untuk menggunakan ia sebagai propaganda. Donovan berjumpa dengan Abel di penjara dimana Abel setuju untuk menerima bantuannya. Abel menolak untuk bekerjasama dengan kerajaan A.S. dalam dunia perisikan.

Walaupun Donovan mengambil berat terhadap kerjanya, tiada sesiapa termasuk peguam pendakwa, hakim, firmanya atau keluarganya sendiri menjangka dia untuk membela Abel dengan serius. Usahanya untuk mendapatkan pembebasan Abel dipenuhi dengan kejutan dan kemarahan oleh orang awam Amerika; dia dibanjiri dengan mel kebencian dan hidupnya terancam tetapi dia terus berjuang terhadap tugasnya.

Abel didapati bersalah untuk kesemua tuduhan tetapi Donovan meyakinkan hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun daripada hukuman mati atas sebab Abel mungkin berguna suatu hari nanti sebagai cip tawar-menawar dengan USSR. Donovan kemudiannya merayu kepada Mahkamah Agung A.S. bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dicemari oleh waran geledah yang tidak sah tetapi tewas 5–4.

Pada ketika itu, Francis Gary Powers memandu pesawat pengintip U-2 di Soviet Union dimana pesawatnya ditembak jatuh dan dia ditahan. Beliau disabitkan kesalahan dan akan disoal siasat. Frederic Pryor, seorang pelajar Ekonomi Amerika melawat teman wanita Jermannya di Berlin Timur ketika Tembok Berlin dibina. Dia cuba untuk membawa teman wanitanya kembali ke Berlin Barat tetapi dihentikan oleh pengawal sempadan dan ditahan sebagai pengintip Amerika.

USSR menghantar mesej kepada Donovan melalui surat palsu kepada Abel daripada "keluarganya", mencadangkan pertukaran tahanan: Abel untuk Powers. Donovan bergerak ke Berlin untuk memulakan rundingan. Dia mendapat tahun penahanan Pryor dan mahukan pertukaran 2 untuk 1. Walaupun CIA hanya berminta untuk mendapatkan Powers, ia membolehkan Donovan untuk berunding untuk Pryor juga dengan syarat perjanjian Abel-untuk-Powers tidak terjejas.

Kerajaan Jerman Timur yang memegang Pryor tiba-tibanya keluar daripada rundingan dan berkata bahawa Donovan tidak memaklumkan kepada mereka bahawa USSR juga berada dalam rundingan. CIA mahu meninggalkan Pryor dan menyelesaikan pertukaran. Donovan mengancam Jerman Timur dengan mengatakan bahawa melainkan jika Pryor dilepaskan, seluruh tawaran akan dimansuhkan, Abel mungkin bercakap dan USSR akan menyalahkan Jerman Timur. Jerman Timur akhirnya bersetuju dan pertukaran dijalankan di Jambatan Glienicke dan Checkpoint Charlie. Donovan mendapat pujian untuk pencapaiannya.

Rujukan

WikiPedia: Bridge of Spies (filem) http://www.appeal-democrat.com/news/action-spielbe... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=coldwar201... http://bridgeofspies.com/ http://deadline.com/2014/08/participant-dreamworks... http://deadline.com/2015/09/new-york-film-festival... http://deadline.com/2015/10/goosebumps-bridge-of-s... http://insidemovies.ew.com/2014/06/16/steven-spiel... http://www.ew.com/article/2015/03/18/steven-spielb... http://www.historyvshollywood.com/reelfaces/bridge... http://www.hollywoodreporter.com/news/box-office-p...